Monday, April 11, 2011

Ya Allah, Aku Terlalu Merindui Sahabatku

3 comments


Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah,tika detik ini aku terlalu merindui sahabatku tercinta,
Entah mengapa hatiku tidak tenteram memikirkan masa-masa lalu
Pertemuan ini terlalu bererti bagiku,kerana Kau Maha Memahamiku,
Kehadiran sahabatku begitu aku syukuri,meskipun tidak pernah aku memintanya
Namun,kasihMu kau salurkan dalam seorang sahabat yang amat menyayangiku.
Ya Allah,keikhlasannya,kebaikannya,kesetiaannya,pengorbanannya,hanya Engkau sahaja yang mampu membalasnya.
Aku lemah tidak terdaya,memikirkan derita sahabatku,sedangkan aku tidak adil padanya…
Ya Allah,aku tidak pernah meminta dia hadir sebagai sahabatku yang sejati,namun takdir di Luh Mahfuz mengotakan segalanya.Betapa besar kuasa Mu Ya Allah…
Ya Allah…hari-hari yang berlalu,sentiasa aku alunkan doa cintaku buatnya kepadaMu,
Meskipun aku tidak bertanya khabar,namun doaku ku itu terlalu kudus untuk dia,
Kerana aku tahu,terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan untukku,yang mana amat mustahil untuk aku membalasnya…
Ya Ilahi…tautkanlah semuala hati-hati kami seperti dulu…kami ingin membina kembali jalinan mahabbah lillah, kerana Kau adalah matlamat kami…
Sahabatku Ridzuan,kenangan manis tidak akan aku lupakan sehingga maut menjemput aku,
Aku tidak pernah menyesal mengenalmu,bagaikan Allah menghantar mu untuk membawaku ke taman syurgaNya…
Aku bahagia mengenali dirimu...terlalu bahagia....Hanya Dia yang tahu...
Aku menginsafi segala dosa ku padamu,aku khilaf…namun,satu perkara yang ingin aku sampaikan,
Aku sangat menyayangimu kerana Tuhamu,kerana agamamu…
Maafkan aku atas kekasaranku padamu,tingkah laku yang menyakitimu,tutur kata kataku yang memyakitimu...
Aku tidak bermaksud semua itu....Demi Allah...
Sahabatku…mungkin kita banyak perbezaan,mungkin kita tidak serasi,namun mengapa kita tidak mencari persamaan antara kita….
Aku cuba mempertahankan persahabatan ini,kerana aku tidak mahu memungkiri takdirNya.
Aku ingin kita bersama-sama berjaya dalam kehidupan ini,bersama-sama mengecapi indahnya bersama Allah…seterusnya bersama-sama menjejaki gerbang syurga Ilahi..
Kesempatan masa dan nyawa yang masih diberi olehNya ini,aku menyusun 10 jari memohon maaf padamu atas segala silap dan salah. 
Maafkan aku sahabat kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik untukmu,
Maafkan aku sahabat kerana aku mnyusahkan hidupmu,menjadi beban dalam hidupmu,
Mungkin dirimu bahagia jika tidak mengenalku…
Aku tidak pernah meminta semua itu….namun apakan daya…Allah menguji ukhuwwah kita…
Aku ingin kita seperti dulu,dan aku berjanji untuk adil padamu,
Namun,jika kau tidak sudi lagi…aku hanya mampu berserah padaNya…mungkin doaku sahaja yang mengiringi perjalananmu di atas muka bumi ini…
Aku ingin kita bersama-sama menjadi mujahid kesayangan Allah dan Rasulnya,pemuda yang menjadi harapan untuk agamanya,dan sahabat yang sentiasa membimbing sahabatnya....
Terima kasih sahabatku atas segalanya….terima kasih tidak terhingga
Akanku kenang sampai akhir hayatku…

Inginku beritahu pada dunia…DEMI ALLAH~”KAULAH SAHABAT YANG PALING AKU CINTAI SELAMA 19 TAHUN AKU HIDUP DI DUNIA INI”

3 Responses so far

  1. nurul nadzira says:

    biar diri berjauhan ,,asal hati diikat nur kecintaan ,,secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan ,,suka duka ,,gembira kecewa adalah asam garam perjuangan !

  2. nurul nadzira says:

    biar diri berjauhan ,,asal hati diikat nur kecintaan ,,secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan ,,suka duka ,,gembira kecewa adalah asam garam perjuangan !

  3. cmna dgn kami2 mirul....
    Rasulullah tidak mncntai seorang shabat..
    Perjuangan Sirahnya dibantui berpuluh2 shbat dalam prjuangn dkwahnya..=)