Tuesday, April 19, 2011

Meniti Hidup Penuh Duri di Jalan Allah

0 comments

Hari-hari yang berlalu terkadang mengingatkan aku pada masa-masa lalu. Merenung sejenak ke dalam diri yang diciptakan Ilahi ini…mungkihkah penuh dosa-dosa hitam yang sentiasa mengejarku pada setiap detik dan ketika.19 tahun aku menumpang di bumi Allah ini.19 tahun aku diberi pinjam oleh Allah nyawa dan nafas yang tidak dihitung bayarannya. Mengimbas kembali detik aku dilahirkan pada 13 Mac 1992 masihi bersamaan 9 ramadhan 1412 hijrah, tepat jam 6:05 petang di sebuah perkampungan Islam yang terletak di Parit Panjang, Baling, Kedah (dekat dgn area pondok lanai). Alhamdulillah, aku diklahirkan dalam Islamic surrounding  yang amat menekankan nilai-nilai tarbiyyah dalam setiap aspek kehidupan. Namun, aku tidak lama menghirup nafas di sana, keluargaku berpindah ke kawasan yg berdekatan dgn pekan Baling. Di sinilah tempat tinggalku sekarang. Aku masih ingat lagi saat menjejakkan kaki ke sekolah rendah.Time tu  darjah satu.Masih berhingus lagi. Time tu  aku mengidapi penyakit lelah (athma). Jadi, mak selalu melarang aku melakukan kerja-kerja yang berat. Masa darjah satu, main-main lagi.Masih tak tahu erti perjuangan dalam pelajaran dan dakwah. Masa tu juga, aku selalu ponteng.Malas nak pergi sekolah.Kalau pergi pun main-main.Biasalah,budak-budak.

Alhamdulillah, penyakit athmaku semakin baik sebab kat sekolah ada nurse yg take care aku.Lupa dah nama pa...hihi. Aku mula menunjukkan prestasi yg baik dlm pelajaran bermula di darjah tiga. Time ni, aku dilantik jadi pengawas. So, sejak dapat jawatan ni, aku mula memulunkan diri sendiri. Terlibat sana, terlibat sini. By the way, ada sorang cikgu English aku yg baru memeluk Islam.Dia suka buat story-telling dlm kelas mengenai kisah-kisah Islam. Start time tu, aku rajin ke library. Aku pinjam buku2 cerita Islam.Berminat sangat.Time darjah 6,aku jadi ketua pengawas sekolah.Ntah camne boleh jadi.Rasa macam tak layak ja.Time ni juga nak ambil UPSR. So,pulun2 jugak, studi tak pernah lupa.Semangat aku untuk berjaya dalam hidup ni adalah yg pertama of course kerana Allah Tercinta...2ndly,aku tak tahan melihat kesusahan yg ditanggung oleh mak dan abah utk membesarkan kami tujuh beradik. Aku mengerti bahawa kesusahan hidup mengajar aku erti pengorbanan, perjuangan.Apabila kejayaan diperoleh ianya terlalu manis bagiku.Aku membahagiakan mak dan abahku.Ingin membalas jasa2 mereka. So, btime aku malas je nak baca buku, mesti aku tatp gambar parent aku.so,naik semangat balik la...





Alhamdulillah,berkat usaha,doa dan tawakkal,aku berjaya dpt 4A 1B.Aku masuk SMK Agama Baling.Dekat je dgn rumah aku.Bermula di bumi SMKAB ni la aku ditarbiyyah, diusrahkan, ditamrinkan dan bermacam2 lagi. Disini lah aku mula mengenal Allah dan agamaNya dgn lebin mendalam dan details.Disinilah juga aku dididik utk menjadi mujahid agama Allah.Disinilah juga aku ditarbiyyah menjadi lelaki yang soleh juga musleh.Aku sedang berjuang untuk ke arah itu.Walaubagaimanapun,ujian pasti mendatang.Aku bertarung dgn jiwa remajaku yg buas dan liar.Jiwa yg senantiasa inginkan “kebebasan”.namun, aku gagahi juga mengamalkan apa yg aku timba di bumi tarbiyyah ini.Mengingatkan kata2 seorang naqib aku dulu....katanya, “ Dik, Allah akan membina sebuah istana bagi seorang remaja yg boleh membina peribadinya sesuai dgn ajaran Allah.”Bukan mudah utk mencapai semua ini.Perlukan perjuangan,pengorbanan yg amat berlawanan dgn jiwa seorang remaja.Namun, bak kata orang putih, “what u give, u get back” So,demi cinta Allah & rasulNya,apa saja bisa dikorbankan.Aku mula melibatkan diri dlm usrah bermula tingkatan 1.Nak dijadikan cerita, time form 5,aku dilantik menjadi ketua usrah sekolah.Agat berat bagiku.Namun,aku think positively.Mungkin Allah ingin memberikan tarbiyyahNya dlm jawatan tu.Betapa aku syukuri, byk yg aku belajar darinya.Time tingkatan 5, aku jadi “demam jawatan”.Byk kerja2 yg aku lakukan utk usrah sekolah.Yg menyedihkan,aku hilang tumpuan dlm pelajaran.Aku kerap tidur dlm kelas.Aku melebihkan kerja daripada pelajaran.So,ni mungkin salah satu sebab aku tak dpat result yg gempak dlm SPM.lepas SPM, aku sempat bekerja dgn sebuah tahfiz milik Pakcik aku sebagai seorang guru akademik.So,sempat la,aku menjalani hidup bersama budak2 tahfiz kat situ.Then,pas habeh kontrak kat situ,aku kerja dgn kak aku yg mengusahakan sebuah kedai runcit.Lagipun,kak tah sarat pregnant.Husband dia pulak busy.so,boleh la nak ringankan beban kak.Ujian Allah datang dengan berita mak aku diserang penyakit demam denggi berdarah.Mak dipindak ke hospital sungai petani.Mak mengalami pendarahan yg byk....


Hanya Allah ja yg tahu.Berat hati  ni.Kebetulan pula,ime tu aku dapat offer utk further stadi kat Al Azhar.Memang impian aku selama ni.Impian yg utama dlm hidupku.Tetapi,aku terpaksa menolak tawaran tu memandangkan melihat keadaan mak dan masah kewangan keluargaku.Hati aku terubat, saat melihat insan2 yg sgt perihatin kpadaku,yg sgt menyayangiku, Walid Fuad,Ummi Qasiminajah, sahabat seperjuanganku, Cop,Aina,dan Nisakmumtaz dtg mengunjungiku.Terubat sedikit kesdihan dihatiku.Aku memutuskan utk belajar di Insaniah.Tempat yg aku belajar skg.Awal masuk Insaniah,aku rasa sgt menyesal.Tak tahu kenapa.Actually,aku berat hati utk masuk Insaniah ni,Namun aku gagahi juga.Mungkin ada rahsia Allah nanti.Alhamdulillah,disini aku bertemu dgn sahabat2 yg baik dan soleh.Disini juga Allah mempertemukan aku dgn seorang sahabat yg paling aku cintai,sayangi dsb.Disini,aku temui kekuatan...Hanya satu formula yg aku pegang,” CINTA ALLAH ADALAH ASAS KEJAYAAN”.Jadi,aku ingin berusaha bersungguh-sungguh dlm pelajaran dan juga dakwah agar aku dpat berkhidmat utk Allah dan agamaNya, serta membalas segala jasa2 mak dan abah.Moga Allah meberkatiku.Jika aku mati esok hari,aku berharap,moga duri2 yg aku tempuhi selama 19 tahun ni menjadi saksi dan bukti cinta dan pengabdianku pada Rabbul ‘Izzati....
ya Allah, terimalah cintaku ini =)

Ku kemis cinta Ilahi,
Rijalmumtaz