Thursday, October 14, 2010

SISIPAN NOTA MUTALAAH WA QIRAAH

0 comments
PELAJARAN KELIMA : Sahabat Terulung Abdullah Ibnu Mas’ud ( m/s : 58-61)

N
ama beliau Abdullah Ibnu Mas’ud Ibnu Ghaflin Ibnu habib. Beliau digelar dengan Abi Abdul Rahman. Beliau digelar demikian oleh Rasulullah s.a.w. Beliau berkata mengenai dirinya sendiri pada perkara tersebut, “ Aku digelar oleh Nabi s.a.w dengan Abi Abdul Rahman sebelum dia ( anakku ) dilahirkan  kepadaku lagi ”.

Adapun gelarannya yang lain diketahui dengan nama ibunya, maka digelarkan kepada beliau dengan nama Ibnu Ummi Abdu. Para sejarawan tidak mengetahui tahun yang tertentu kelahirannya, dan pendapat yang paling berat ( rajih ) mengatakan beliau dilahirkan sebelum 33 tahun hijrah.

Antara sifat-sifat beliau ialah seorang yang rendah, mempunyai betis yang kecil, kurus, gemar bersiwak dengan kayu sugi, pakaian yang bersih, suka memakai wangi-wangian, dan dikenali di kalangan sahabat-sahabat dengan ‘pemilik rahsia Rasulullah s.a.w’.
Abdullah Ibnu Mas’ud telah mengembala kambing biri-biri ketika masih kanak-kanak di sebuak lereng bukit di Makkah yang jauh daripada manusia. Beliau telah mendengar berita mengenai kemunculan Rasululllah s.a.w di tengah-tengah kaumnya. Maka beliau tidak mengendahkan perkara tersebut disebabkan umurnya yang masih kecil dan sebab lainnya dia jauh daripada masyarakat Makkah ketika itu.

Pada suatu hari, seorang khadam kanak-kanak ( iaitu Abdullah Ibnu Mas’ud yang masih kecil ketika itu ) telah melihat dua orang lelaki pertengahan usia yang kedua-duanya mempunyai ketinggian akhlak. Kedua-dua lelaki tersebut menuju ke arahnya dari jauh. Sesungguhnya, mereka berdua kelihatan sangat letih dan dahaga sehingga kering bibir dan tengkok mereka. Mereka berdiri di hadapannya lalu memberi salam dan berkata, “ Wahai khadam kanak-kanak, perahlah susu kambing betina ini kepada kami agar kami dapat menghilangkan dahaga,sehingga kami dibasahi peluh”. Maka khadam kanak-kanak itu pun berkata, “Saya tidak akan melakukannya, kerana kambing ini bukanlah milik saya, saya hanyalah orang yang diberi amanah ( untuk mengembalanya ).

Kedua-dua lelaki tersebut menerima kata-kata khadam kanak-kanak itu,dan terpancarlah keredhaan ( kesenangan ) di wajah mereka. Kemudian salah seorang daripada mereka berkata, “Tunjukkanlah kepadaku seekor kambing betina yang masih dara ( yang belum mengeluarkan susu ). Lalu khadam kanak-kanak  itu mengisyaratkan ke arah seekor kambing betina kecil yang berdekatan dengannya. Maka lelaki itu menghampiri kambing tersebut lalu menangkapnya. Lelaki tersebut menngusap-usap kantung susu kambing betina dengan tangannya sambil membacakan nama-nama Allah. Khadam kanak-kanak melihat perkara tersebut dengan terpegun lalu bermonolog, “Adakah seekor kambing betina yang masih dara dan kecil boleh mengeluarkan susu?”.

 Tidak lama kemudian, kantung susu kambing betina tersebut menjadi kembung dan mula mengeluarkan susu dengan banyaknya. Maka lelaki yang seorang lagi mengambil batu yang kering dari tanah dan memenuhinya dengan susu lalu meminum susu tersebut bersama-sama sahabatnya. Kemudian berkata khadam kanak-kanak tersebut, “Mereka member minum bersama-sama, aku tidak percaya dengan apa yang aku saksikan”. Mereka menuju ke arah kambing dan lelaki mulia itu berkata-kata kepada kantung susu kambing betina, “mengecutlah” , lalu kantung susu itu berterusan mengecut sehingga kembali kepada keadaan asalnya. Ketika khadam kanak-kanak berkata kepada lelaki mulia tersebut, “Ajarkanlah aku kata-kata yang kamu ucapkan tadi”, maka lelaki itu menjawab, “ Sesungguhnya kamu khadam kanak-kanak yang mengetahui” ( Riwayat Ibnu Hibban ).

Kisah ini adalah titik permulaan bagi Abdullah Ibnu Mas’ud dengan Islam. Manakala lelaki mulia yang tadi adalah Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a. Sesungguhnya pada hari tersebut, kedua-duanya  ( Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ) singgah di  lereng bukit Mekah terebut kerana bertambahnya tekanan daripada kaum Quraisy dan seksaan yang dikenakan ke atas keduanya.
Perkara itu berterusan sehingga Abdullah ibnu Mas’ud memeluk Islam serta menonjolkan dirinya untuk berkhidmat kepada Rasulullah, maka Rasulullah menerima khidmatnya.

Abdullah Ibnu Mas’ud telah membiasakan Rasulullah s.a.w sebagai bayang-bayangnya.Beliau selalu menemani baginda di mana Rasulullah menetap dan di mana Rasulullah bermusafir, dan menemani baginda di dalam rumah dan di luar rumah. Beliau juga mengejutkan baginda jika baginda tidur, memakaikan baginda terompah jika baginga ingin keluar, menanggalkannya jika baginda ingin masuk, membawa kepada baginda tongkat dan siwak, dan mengiringi baginda ke bilik jika Rasulullah ingin masuk ke dalam bilik.

Abdullah Ibnu Mas’ud telah dididik di rumah Rasulullah s.a.w dan telah diberi hidayah oleh Allah melalui hidayah rasul-Nya, beliau bersifat dengan akhlak-akhlak nabi, mengikuti baginda dalam setiap tingkah laku daripada tingkah laku baginda, sehingga telah dikatakan tentangnya : “Sesungguhnya dialah manusia yang paling dekat dengan Rasulullah s.a.w dari segi cara hidup dan sifat-sifat”.

Abdullah Ibnu Mas’ud telah memeluk Islam sebelum Saidina Umar Al Khattab r.a, dan beliaulah orang pertama yang mengalunkan Al Quran di Makkah selepas Rasulullah s.a.w. Ketika di Kaabah, dan orang-orang Quraisy dalam puak masing-masing, beliau telah membaca Surah Ar Rahman di hadapan mereka lalu mereka berdiri lalu memukulnya.
Nabi s.a.w telah bersabda mengenainya, “Barangsiapa yang berasa gembira untuk membaca Al Quran secara tertib, sepertimana ia telah turun, maka bacalah atas bacaan Ibni Ummi Abdi”. ( Riwayat Al Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda lagi kepada sahabat-sahabat baginda pada suatu hari, “Sesungguhnya aku tidak tahu adakah aku dapat hidup bersama kalian lagi, jadi ikutlah orang-orang yang mengikuti aku selepas ketiadaanku – maka ikutilah Abu Bakar, Umar, - ikutlah Hadi, Ammar dan segala apa yang dikatakan oleh Ibnu Mas’ud adalah benar”
( Riwayat Haithami )

 Saidina Umar Bin Al Khattab juga pernah berkata mengenai Abdullah Ibnu Mas’ud, “ Dia adalah bekas kecil yang dipenuhi ilmu”.
Manakala Saidina Ali r.a pernah berkata, “ Dia membaca Al Quran, jika Al Quran menghalalkan dia juga menghalalkannya, jika Al Quran mengharamkan, dia juga kan mengharamkannya, dia bijaksana dalam agama, dan juga alim tentang sunnah”.

Abdullah Ibnu Mas’ud telah berkata tentang dirinya sendiri, “ Demi Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, tiada apa yang terdapat dalam kitab Allah yang melainkan aku tahu bila ia diturunkan, dan tidak ada ayat-ayatnya melainkan aku tahu pada apa ia diturunkan, walaupun ada seseorang yang lebih mengetahuinya dan dia lebih tahu tentang kitab Allah daripadaku, maka aku akan mengambil unta untuk menjejaki orang tersebut”.

Abdullah Ibnu Mas’ud  telah wafat pada tahun 32 hijrah di Madinah Al Munawwarah, dimakamkan di perkuburan Al Baqi’, dan disembahyangkan oleh Saidina Uthman Bin ‘Affan.
Tidaklah Allah merahmati Abdullah Ibnu Mas’ud melainkan dengan rahmat yang luas, beliau adalah contoh yang hidup dan gambaran yang realistik dalam pembentukan prinsip ketuhanan yang telah dimuliakan Allah baginya daripada kalangan manusia.Beliau telah membimbing manusia dalam membina kehidupan, dan dia adalah salah seorang yang termasuk dalam generasi awal yang menerima didikan daripada rasulullah s.a.w secara langsung.


Tanbih :
-          Terjemahan nie utk rujukan bagi kefahaman teks semata-mata
-          Kalau ada salah apa2 tolong betulkan ye!
-       then sapa2 yg nak copy tafaddhol!


Disediakan oleh : RIJAL MUMTAZ
ASASI PENGAJIAN ISLAM, INSANIAH
SESI 2010/2011



المفردات
رقم
الكلمات
مرادفات
متضدات
۱
يذكر
يعرف
يجهل
۲
عاما
سنة
-
۳
الثوب
الملابس
-
٤
طيب
جيد/خير
قبيح
٥
الصحبة
الزميلة/الصديقة
عدو
٦
ابصر
ارى/نظر
-
٧
اشتد
ارتفع
انخفض
٨
ألظأ
العطش
-
٩
دلني
اخبري
-
١٠
إعتقلها
مسكها
تركها
١١
ضرعها
ثديها
-
١٢
دهشة
تعجب
-
١٣
طفق
بدأ
ختم/اخر
١٤
ثرا
كثيرا
قليلا
١٥
المبارك
المقدس
المحقر


المسرد : مفرد والجمع
·      الإسم – الأسماء(nama)
·      الإبن – الأبناء(anak lelaki )
·      الأم – الأمهات(Ibu)
·      المؤرخ – المؤرخون(sejarawan )
·      عام – اعوام(tahun)
·      صفته – صفتهم(sifat)
·      الثوب – الثواب(pakaian/jubah)
·      الصحابة – الصاحب(sahabat)
·      الغنم – الأغنام(kambing biri-biri)
·      الإنسان – الناس(manusia )
·      الخبر- الأخبار(berita)
·      جهة – جهات (arah/skop)
·      قوم – اقوام(kaum)
·      المجتمع – المجتمعات(masyarakat)
·      يوم – ايّام(hari)
·      الشاة – الشياة(kambing biri-biri betina)
·      مؤتمن – مؤتمنون(pemegang amanah)
·      الرجل – الرجال(lelaki)
·      رجل المبارك - رجال المباركون(lelaki yang mulia)
·      قصة – قصص(kisah/cerita)
·      الخدمة – الخدمات(perkhidmatan/bantuan)
·      الحجرة – الحجرات(bilik)
·      بيت – بيوت(rumah)
·      شميل – شمائل(akhlak)
·      خصلة – خصال(perangai)
·      نادي – اندية(suku/puak)
·      صورة – صور(gambar)
·      شهيد – مشاهد(saksi)
·      قرأة – قراءات(bacaan)
·      الرسول – الرسائل(utusan)
·      فقيه - فقهاء(ahli feqah/bijaksana)
·      عالم - علماء(org berilmu/ulama)
·      كتاب - كتب(buku)
·      اية - آيات(ayat)
·      نموذج - نماذج(contoh/model/spesimen)
·      حيّ - حياة(kehidupan)
·      عيني - اعيون(sendiri)
·      مبدئ - مبادئ(permulaan)
·      صاحب – اصحاب(pemilik)



   اعداد : رجال ممتاز