Friday, August 27, 2010

FORUM REMAJA – BICARA CINTA ( 30/4/2009 )

0 comments
Tengah cakap sal hukum bercinta...:)


Barisan ahli panel yang mantop.Dari kiri , Muhaymin , Ana, Farhan(MC , Ainaa , Syarfina


Tanggal 30/4/2009 telah diadakan Forum Remaja – Bicara Cinta.program ini merupakan kali kedua yang dilaksanakan di bawah anjuran Badan dakwah & Kerohanian (BADAR) sekolah ana. Dengan gandingan mantap para ahli panel daripada wakil pengawas dan BADAR,alhamdulillah,program ini berjalan dengan lancar.Ni first time ana menjadi ahli panel.Perasaan gementar saat ditaklifkan untuk menerangkan kepada akan pengertian cinta yang sebenar.Setelah latihan yang dilakukan selama seminngu, akhirnya dapat juga ana merudungkan sedikit rasa gementar tersebut.Para panel terdiri daripada Muhaymin (wakil pengawas),Ana (wakil BADAR) , Syarfina (wakil pengawas) , dan juga Ainaa (wakil BADAR). Ana dengan sahabat panel yang lain bagaikan pecah kepala untuk mencari,menemuramah,dan mengkaji istilah “CINTA” ni…Kami membahagikan soalan-soalan yang akan diterangkan time  forum nanti.Ana dapat soalan hokum bercinta dan bercinta menurut perspektif Islam…Erm…dalam proses kita nak memurnikan cinta yang dikurniakan Allah,macam-macam dugaan yang akan datang.Hal ini ana dapat lihat berdasarkan pengamatan dan pengamalan sahabat-sahabat yang lain.Sebab ana tak ada lagi pengalaman tu…(hehe)…Akhirnya,program malam tu berlansung dengan jayanya.Ustaz Fuad ( walid ana ) tidak putus-putus memuji-muji.Erm,diharapkan semoga kefahaman dan kesedaran yang diberikan Allah dapat menimbulkan usaha kita untuk mengejar cinta yang lebih abadi…iaitu hanya cinta Ilahi…#