Sunday, December 27, 2009

CATATAN HATI RIJAL....

1 comments


CATATAN HATI RIJAL....
Ermmmm...sedih betol nak tinggalkan SMKAB.Bumi tarbiyyah yang cukup bererti bagiku.tanggal 16 Disember 2009,12:15 AM,hati setiap calon SPM 2009,bagaikan disambar getaran yang kuat,semuanya kelihatan tenang dan gembira menjawab paper terakhir iaitu syariah.tiba-tiba ketua pengawas peperiksaan memegang mikrofon sambil berkata ”Perhatian kepada semua calon,anda masih ada lagi 10 minit untuk menjawab.Anda tidak dibenarkan keluar dari dewan.”Tiba-tiba dewan SMKAB,menjadi riuh-rendah dengan suara yang berbisik-bisik...aku dapat menggagak...Ya Allah...perjuangan kami selama ini hampir ke penghujungnya....
Pengawas tu berkata lagi,”semua calon diminta bertenang...”Hehe...kelakar jugak dibuatnya...aku dapat membayangkan memek-memek muka dari raut wajah teman-temanku....ada yang ceria,ada yang bermuram ada muka boring...and macam-macam lagi la...yang pasti bagi yang bermuka ceria sudah tentu saat ini yang ditunggu-tunggu oehnya...and bagi yang bermuka sedih pasti mengingatkan perpisahan yang bakal kami hadapi...ya!kami akan berpisah!!!ya Allah,sedihnya..5 tahun kami bersama di SMKAB nie..mengharungi suka dan duka bersama..menerima tarbiyyah bersama...mengenal Allah dan agamaNya bersama-sama....akhirnya kami akan berpisah.....10 minit berlalu...”Semua calon diminta berhenti menjawab.Masa menjawab sudah tamat.Sila semak kertas jawapan anda,pastikan ditulis angka giliran dan nombor kad pengenalan.Pengawas akan mula mengutip kertas jawapan sekarang...”Kata Ketua Pengawas 2...Kulihat dewan menjadi ebih riuh dengan suara sorakan dan bisikan....Akhirnya,semua calon keluar dari dewan dengan penuh ceria dan gembira....Aku sempat mengirim sms kepada ummiku...”Ahamdulillah,ummi,exam dah abih..merdeka~!!!hehe”
Tapi dalam kegembiraan itu,aku sedar,aku akan menghadapi perpisahan dengan rakan-rakan....SMKAB...and ustaz yang paling aku sayang(???rahsia..hehe...??)
SMKAB ....DALAM KENANGAN....

One Response so far

  1. Salam ziarah daripada ana.. Kalau amirul masih ingat lagi, ana senior enta tahun 2005. Jemput untuk ziarah ke weblog ana - http://jilmuallim.blogspot.com

    Barakallahu fika, teruskan menulis. Cukuplah hanya Allah bagi diriku...