Friday, March 01, 2013

Antara Sabar & Mengeluh

0 comments




Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Continue reading →
Thursday, January 31, 2013

Antara Cerita Syiar dan Syariat

0 comments

Sedang hangat dihentam di Facebook dan Youtube sekarang sebuah drama yg bajet Islamik yg ditayang di Astro Prima...Aku juz tgok video promo citer ne je...Tapi logiklah kenapa ianya dikecam hebat...

So, apa yg perlu kita nilai ialah bagaimana nak membezakan antara cerita syiar dan syariat..Yaa,..kebanyakan cerita Islamik yg dihasilkan lebih fokus kepada syiar2 Islam tetapi syariat dan hukam hakam diabaikan...jadi,mesej islam itu xdapat disampaika dengan baik. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...Biarpun tujuannya baik, namun perlaksanaannya juga harus didasarkan dengan kesucian syariat Islam itu sendiri...Islam itu bukan semata-mata dgn teori, tetapi perlu dipraktikkan. Ciri pemakaian niqab sering dijadikan label utama bg watak heroin dlm sesebuah filem...tapi apakah nilai pd niqab itu yg ingin disampaikan jika xkena cari dlm masa yg sama tetap tebarruj.


By the way, aku respect dgn cerita ini (Ketika Cinta Bertasbih), syariat dan syiar Islam sama2 dititikberatkan...At least, nampak bagaimana sucinya Islam menjaga perhubungan antara lelaki & wanita:


Jawapan UAI :

So, marilah sama2 kita doakan semoga Allah memelihara kita dan seluruh masyarakat Islam agar tidak ditindas oleh pemikiran2 jahiliyyah. Semoga negara kita akan dipimpin oleh pemerintahan Islam suatu hari nanti...Yakinlah Islam mampu mengubat  segala penyakit yg melanda masyarakat kita hari ini.TAKBIR!
Continue reading →
Wednesday, January 30, 2013

Jawatan : Tasyrif atau Taklif?

0 comments

Baginda Rasul SAW pernah bersabda yang bermaksud; Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas orang yang kamu pimpin" Hadis ini cukup dalam menerangkan kpd kita bahawa kita bukan sahaja perlu memimpin org lain.tapi kita juga bertanggungjawab utk memimpin diri sendiri. JAWATAN...sering menjadi kebiasaan bagi mereka2 yg giat berpersatuan dan beraktiviti di kampus atau sekolah. Masing2 mempunyai reason tersndiri kenapa mereka menerima jawatan tertentu...Ada yg ingin mencari pengalaman, , menimba ilmu dan ada juga yg ingin mencari populariti. Namun, jika disuluh daripada kaca mata dakwah...Jawatan ini sebenarnya bukanlah satu "tasyrif" ataupun penghormatan, bukanlah sesuatu yg perlu dibanggakan...tetapi ianya merupaka satu "taklif" yg bererti bebanan, tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Jadi, renunglah dan sentiasalah ingatkan diri, bahawa dengan jawatan inilah kita akan dipersolkan oleh Allah kelak...Setiap orang ada jawatan masing2, jawatan sebagai ibubapa, sbagai anak, pelajar, guru dll...Semua jawatan2 ini akan ditanya kelak...Allahurabbi

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yg amanah trhdapMu, agamaMu, RasulMu, Keluargaku, SahabtKu, dan diriku sendiri

Jawatan ini adalah taklifan Islam untuk Islam juga

Continue reading →

Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia

1 comments
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)


Sejarah penubuhan PAS adalah sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. Hizbul Muslimin ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak dengan nasihat daripada tokoh-tokoh politik seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi dan kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Islam ( Masyumi ). Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al- Baqir dan didokong oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama. Pertubuhan politik Islam ini mensasarkan 3 matlamat utama dalam perjuangannnya :
  1. Membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan
  2. Membentuk negara Islam yang bersifat sejagat
  3. Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam
Seawal penubuhannya, Hizbul Muslimin diawasi dan diintip kegiatannya oleh unit risikan British. Hal ini terjadi kerana Britis sudah mempunyai pengalam bertembung dengan gerakan Islam yang anti penjajah seperti di Sudan,Mesir,Nigeria dan sebagainya. Pengawasan yang dilakukan oleh British terhadap Hizbul Muslimin adalah berdasarkan laporan unit risikan British sepertimana berikut :
The development of this movement should be very closely watched, for its preaches nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has been a militant creed. There can be no doubt that its propaganda is made to appeal to the young Malay intelectuals and progressives, since its strives to gives scriptural authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independence

British telah mendapat kesempatan yang baik untuk melumpuhkan gerakan ini apabila berlaku ancaman daripada anasir komunis yang melancarkan gerila untuk menumbangkan pentadbiran British di Tanah Melayu bagi menubuhkan republik rakyat komunis. Gerakan agresif Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng bertindak atas arahan resolusi Persidangan Komunis Asia yang bersidang di Calcutta, India. Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948 dan telah memperkenalkan Ordinan Darurat. Tindakan ini telah memberikan ruang yang luas kepada British untuk menahan sesiapa yang dianggap mengancam keselamatan negara. British telah mengharamkan parti-parti politik aliran kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ), Angkatan Pemuda Insaf ( API ), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) dan Hizbul Muslimin. Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan sejumlah pimpinan Hizbul Muslimin turut ditahan di bawah ordinan tersebut.

Dalam tempoh awal zaman darurat ini, parti berhaluan kanan seperti UMNO diberi ruang yang luas untuk bergerak dan sebahagian ahli-ahli Hizbul Muslimin turut menganggotai Biro Agama UMNO bagi mengisi ruang perjuangan Islam yang ada dalam biro tersebut. Walaubagaimanapun suara-suara menuntut supaya diadakan sebuah pergerakan siasah berteraskan Islam mula kedengaran. Maka pada tanggal 24 November 1951 satu perhimpunan ulama, badan-badan dan pertubuhan Islam telah diadakan di perkarangan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Pulau Pinang. Dalam persidangan ini,suatu keputusan telah diambil bagi mewujudkan Parti Islam Se-Tanah Melayu yang mana telah mendapat sokongan kuat daripada perwakilan yang hadir pada hari tersebut.




Continue reading →
Monday, December 10, 2012

Ponder : Sem Baru, Tanggungjawab Baru

0 comments
Bismillah, Assalamualaikum

At the moment, jam 1.50 pagi, mata masih segar padahal hari ne seharian mengerah otak di Induksi MPM
Haa. talking abt mpm ne, so dah nak masuk new semester, unfortunately portal still xbley access then xley la nak register subject. even aq mpm, tp still merasai apa yg student laen rasa.

Bermula sem baru ne of kos la kena spirit baru, hamasah yang jitu. Sebab sem ne aq dan dilantik sbg mpm @ majlis perwakilan mahasiswa. Tak expected pun masa berlalu sgt pantas.

Pastinya, byk benda yg akan dihadapi semester ne, needs better preparation, time management etc n the most important hubungan dgn allah n manusia----keypoint

hopefully, sem baru ne dapat beri sinar baru dlm hidup ne, n dapat maintainkan akademik sampai grad. Semoga Allah bersama dan menguatkan ketika aku susah...ameen

inilah shbt2 seperjuangan dlm mpm kali ne.may allah bless!


all the best semua.ganbatte kudasai!
Continue reading →
Sunday, December 02, 2012

Info : TOP 5 Ranking Video Editor Terbaik!

0 comments
Bismillahirrahmaanirahim. Assalamualaikum wbt

Ini adalah ranking untuk sapa2 di luar sana yg big fans of video editing, Kajian ini menunjukkan beberapa software video editor yg berjaya mendapat rate yg paling tinggi sama ada dari sudut jumlah pengguna, tools dan materials, harga dan lain2...Frankly said, aq memang fans la edit2 video ne...at the moment tengah study n discover lagi pasai benda2 ne...So, meh lihat ranking dya :-

#1) Cyberlink Power Director 




#2) Corel Video Studio X5



#3) Adobe Premier Elements



#4)  Magix Movie Editor PRO



#5) Sony Movie Studio Platinum Suite



Ok, that's all k..kalau rajin explore la ye.k bai (^_^)
Continue reading →
Saturday, November 10, 2012

Exam Dunia vs Exam Akhirat

0 comments
Bismillah, Assalamualaikum...hrp sihat semua=)
Alhamdulillah, dah settel semua exam untuk sem n2 iaitu sem 3...Usaha pun dah, so kena tunggu buahnya la nanti...huhu...ketaq plak nak tengok result =X



Saja, post ne nk ajaq kita pikiaq sikit. camne ye keadaan kita time "exam" di alam kubur nanti...
dan juga "exam" kita di hadapan "Pengawas" peperiksaan yang Maha Besar..
Allah, xterbayangkan keadaan masa tu...kalau exam kat dunia ne, mesti syok kan kalau kalau dapat soalan2 SPOT...xperlu study sampai bengkak bijik mata..hihi
Tapi, soalan utk "exam" kat alam kubur ne siap bocor lagi..
itu un...blom taw kita boleh jawab ke x...
jawapan dye ada dekat amalan kita....itu la hint kpd jawapan kita...

So, meh renung2 together2 (^_^)

Jom amal doa ne :



"Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambahnya ilmu dan berkah rezeki, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan memperoleh ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada gelombang sakaratul maut. Bebaskanlah kami dari azb neraka-Mu dan memperoleh ampunan ketika kami dihisab" 

then, pepatah arab mesir ada sebut:


Continue reading →
Monday, October 01, 2012

Aku Juga Manusia Biasa

0 comments

Cinta itu fitrah...Satu instinct yang memang Allah bagi kat semua hambaNya

Kalau aku diberi peluang utk jatuh cinta,

aku akan berusaha untuk memelihara cinta itu,

tapi mesti byk dugaan yg perlu aku tempuhi,

Sebagai lelaki...aku kena kuat!

Moga Allah terus memelihhara hati ini, dan membimbing diri ini ke jalan yang diredhaiNya

Iddina sirothol mustaqim...sirothol lazi na'an'amta alaihim
ghairil maghdhu bi'alaihim waladdhollim...

aku pon mybe akan jatuh cinta, sebab aku pon manusai Biasa!

tapi aku xmaw cinta yg low-class..yg ada murka Allah

aku nak cinta yg diredhai...yang tulus dll...bla bla bla...

k.bai..salam


Continue reading →

Mutiara Insaniah : Syeikh-Syeikh Arab

0 comments
Bismillah.salam smua.Al Ulamak Warathatul Anbiyak...Ulama Perwaris Nabi...
Sgt untung budak2 kuin ngaji kat cne...
Banyak syeikh2 yang mai dari pelbagai negara
Ada dari Mesir,ada dari jordan,sudan dll
Berkatnya dapat belajaq dr syeikh2 ne smua
Kalau xambek peluang memang rugi sgt lorh!


time konvo baru2 ne

ulama hebat

doktor2 kuliyyah lughah aq=)

Continue reading →

Motorku Bernama FURSAN

0 comments

Motosikal. Sangat sinonim dengan budak laki. Haa...akhirnya,impian aku untuk memililki sebuah motosikal tercapai jugak...Bukan pa, bukan nak bermegah atau apa....cuma utk memudahkan aku nak pergi mana2...nak pergi tempat2 yg baik n  yg mendekatkan dri kpdNya,

Kalau hampa nak taw,motor ne aku bagi nama FURSAN (moto pown ada nma)
yg bermaksud kuda...So, diibaratkan motor ne cam kuda perang aku
yang bawak aku utk pergi berjihad.Whoa!

Anyway,syukur pada Alah...n xlupa juga terima kasih juga pd mak abah tersayang...hadiah jugak la ne...

Aq ne jenis bawak moto laju jugak2...penah la eksiden...mak sllu psan pasai ne...huhu

k la.Bai (^_^)


Continue reading →
Friday, September 07, 2012

Artis Berhijrah : Satu Fenomena?

0 comments
Salam Aidilfitri (^_^) Boleh kot, sebab still dalam bulan Syawal. Hari demi hari, kta dapat tengok ramai artis2 di Malaysia dah mula sedar akan kewajipan sgb seorang Muslim....Dalam istilah yg lain berhijrah...Sebenarnya ianya bukanlah satu fenomena sb memang dah jadi kewajipan kita sbg seorang Muslim utk berubah ke arah yg lebih baik.Kita tengok satu persatu artis malaysia (especially artis wanita) mula mengenakan hijab dan mendekati kelas2 agama dan ada juga mula memberi ceramah sama ada di pentas biasa atau pentas politik. Bagi saya ini adalah SATU PERKEMBANGAN YANG BAIK!

Artis merupakan golongab public figure yg amat berpengaruh dlm masyarakat. Sehinggakan ada di antara mereka menjadi ikutan para remaja darim segi perwatakan dan cara berpakaian.Peminat akan mengikuti apa saja yg mereka lakukan dan apa saja yg mereka pakai. Jadi tidak mustahilla bila artis mula berhijrah ramai peminat tutur mengikut langkahnya malah ada juga yg tukar kpd artis yg lain. Lihat kpd sudut positif, bila artis memanfaatkan bakat, dan pengaruh mereka ke arah jalan  yg dituntut oleh Islam, maka tampaknya dahsyat utk ummah. Tidak mustahil masyarakat juga akan turut berubah!

Walau bagaimanpun, sanjungan kita kpd artis tidak melebih2 sehingga ulama diabaikan. Tapi, tidak salah kita menggabungkan ulama dan artis dlm satu pentas utk membentuk masyarakat ke arah jalan yg diredhaiNya...
Namun, masih ada masyarakat yg seringkali mengutuk dan mengkritik perubahan ini, kata mereka "bertudung tapi masih berperangai gedik dsb"...Urm,bagi saya,perkara ini perlulah perlahan2...dunia artis tidak sma dengan dunia masyarakat biasa...Mereka masih memerlukan bimbingan drpd kita yg tahu selok-belok agama,Jangan kita menyoal atau menghukum tindakan mereka,sbb siapalah sgt kita ne...kita pun akan dipersoal dan dihukum oleh Allah kelak.Tugas kita mendoakan mereka,dan doa itu disusuli dgn nasihat dsb...

ARTIS BERUBAH ADALAH SATU PERTOLONGAN ALLAH
Ya,sya sifatkan fenomena artis berhijrah ini adalah satu pertolongan Allah sesuai dgn firmaNya dlm surah Al Fath, "dan kamu akan lihat manusia masuk ke dalam agama Allah secara berkelompok-kelompok"

ARTIS PUN ADA USRAH MEREKA
Ya, artis pun ada usrah mereka. Antaranya Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Heliza Helmi, Noryn Aziz dll
Kalau artis pun pergi usrah...KITA CMNE???

PERTOLONGAN ALLAH PASTI ADA
Ya!Yakinlah,agama Allah ini agama yg suci.Pasti yg batil itu akan hapus,yg hak itu akan muncul.Artis2 yg berhijrah ini pasti mempunyai cabang dakwah yg luas,jika negara kita ini juga diperintah dgn acuan Islam.
Kasihan mereka,bila bertudung ada yg digam dsb,Bersabarlah...betul kata Nabi...Dunia ini syurga bagi org Kafir dan neraka bg org yg beriman...

KAMI SENTIASA MENYOKONG MEREKA2 YG BERKEHENDAK KPD AGAMANYA =)




Continue reading →
Thursday, September 06, 2012

Jubah Puteri Rasulullah Saidatina Fatimah

0 comments
Ada orang yang bersikap biasa sahaja dan hatinya tidak begitu teruja apabila diperlihatkan kesan-kesan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Bagi mereka sama sahaja antara barang peninggalan orang paling fasiq sekalipun dalam dunia dan barang peninggalan orang yang paling soleh dalam dunia. Mungkin juga mereka berpendapat ianya tidak memberi apa-apa kesan langsung bagi kita di akhirat sama ada suka ataupun tidak.

Namun, sikap kebanyakan orang-orang yang alim dan soleh yang banyak ditulis tidak begitu. Mereka adalah orang-orang yang berhati lembut dan sentimental terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Maka timbullah apa yang diistilahkan sebagai 'tabarruk' (mengambil barakah). Perkara ini sudah banyak dibincangkan oleh para ulama. Mereka yang memandangnya sebagai satu perbuatan bidaah dan tidak harus dilakukan, tidaklah perlu menghentam pandangan mereka yang mengharuskannya. Dalil-dalil sangat banyak di dalam lembaran sejarah para sahabat, tabiin dan salafus soleh R.A.

Ini adalah jubah peninggalan Siti Fatimah AS binti Rasulillah SAW. yang tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Pakaian yang asalnya tersimpan dalam kotak ini telah dipamer dan ditunjukkan kepada orang ramai yang menziarahi muzium berkenaan.



Mereka yang sudah membaca kisah Siti Fatimah AS sudah tentu bertambah tersentuh apabila melihat pakaian yang sudah lusuh tersebut. Ini kerana beliau tidak dimanjakan oleh bapanya (Penghulu Jin dan Manusia SAW) dengan harta mewah, intan berlian dan emas permata, tetapi dengan susah-payah, kelaparan dan pengorbanan. Kepada para muslimat yang belum membacanya, silalah cari dan baca kisahnya. Di kala hidup anda mewah dengan kesenangan dan emas berlian di badan, cubalah renung kehidupan Penghulu Seluruh Kaum Hawa ini. رضي الله تعالى عنها (Tetapi awas.. jangan baca yang versi Syiah punya, kerana riwayat mereka tidak diiktiraf oleh Ahlus Sunnah.. banyak tokok tambah)

Continue reading →
Monday, September 03, 2012

Zaman Pulun Di Sekolah

0 comments
Salam. Pa habaq semua? Lama xupdate blog. Well, skg zaman Fb. Baru ni ada Reunion Generasi 10 sekolah lama aku; Smk  Agama Baling. Reunion tu buat kat Amanpura Hotel, Sungai Petani. Mula2 ingat xmaw pi. Tapi teringin nak jumpa member2 lama yg dah lama xjumpa. Allhamdulillah, dapat jumpa depa, makanan pun sodap2.Makan banyak kot (^_^)

and then, sebelum balik tu ada sorg sahabat request utk snap gambaq bersama bekas MT Badan Dakwah.
Nie la dya :

dari kiri aku (setiausaha), tuan khoha (timb.presiden 1), encik hilmi (bendahari),
lastly, bos al syamir (presiden)
Continue reading →
Tuesday, June 05, 2012

Xlaunchpad-Jadi Seakan Mac OS

0 comments
JADIKAN DESKTOP ANDA SEAKAN2 MAC OS 

Boley download di site ne;
http://xwidget.com/

XLaunchpad memberikan anda akses segera kepada semua apps shortcuts.Susun aps anda di XLaunchpad apa-apa cara yang anda suka dengan menyeret ikon ke lokasi yang berlainan atau dengan kumpulan aplikasi dalam folder. Hanya seret satu ikon ke atas yang lain untuk membuat folder. anda boleh menamakan folder apa sahaja yang anda suka apabila anda membuka folder.

TENGOKLA HASILNYA (^_^)






ANDA PERLU DOWNLOAD...PASTU RUN...PASTU JUZ DRAG ANDA PUNYA APPLICATION...SIMPLE JE....UNTUK SHORTCUT

SELAMAT  TRY...ANNEYONG SAYO (^_^)
Continue reading →

Aku Dan Ilmu (^_^)

0 comments


"Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takut kepada Allah, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah. Kerana ilmulah petunjuk kepada yang halal dan haram, menara kepada jalan penghuni syurga,teman setia di saat kesunyian, teman berbicara di waktu khulwah,petunjuk kepada yang membawa bahgia dan yang membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh,perhiasan disaat bersama teman teman. Dengan ilmu Allah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum, sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak, jejak langkah mereka di ikut, perbuatan mereka di contohi dan pendapat mereka dijadikan pemutus. Para malaikat terlalu kepingin berteman dengan mereka;sentiasa mengusap mereka dengan sayapnya.Setiap benda lembap, kering, ikan di laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan. Kerana ilmu menghidupkan hati dan kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam. Dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang orang pilihan dan darjat tinggi di dunia dan akhirat. "
sabda rasul SAW.

Continue reading →